BETONG, 19 OGOS — Rekod kebangsaan sekali lagi berjaya dicabar oleh Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani, atlet angkat berat wanita dari negeri Perak.
Atlet muda yang berusia 19 tahun itu memecahkan tiga rekod kebangsaan bermula daripada acara snatch dengan angkatan seberat 65kg, clean and jerk (79kg), dan angkatan keseluruhan 144kg sekaligus menjadikan beliau pemenang pingat emas pada SUKMA 2024.
Sebelum ini, rekod kebangsaan dipegang oleh Nurul Afiqah Zamzuri pada Sukan Sea Filipina 2019 dengan catatan snatch seberat 59kg, diikuti 77kg dalam clean and jerk manakala angkatan keseluruhan berjumlah 136kg.
Sementara itu,tempat kedua acara berkenaan dimenangi Irene Jane Henry dari Sabah (137kg) manakala Katierina Bojing dari Sarawak meraih gangsa dengan 108kg.
📸: Suara Sarawak