Safiqah Nabilah

WALID LACHKAR MENAMATKAN PENANTIAN EMAS 10 TAHUN

WALID LACHKAR MENAMATKAN PENANTIAN EMAS 10 TAHUN

August 20, 2024 3:52 am

KUCHING, 16 Ogos — Walid Lachkar telah melakar sejarah bagi atlet wushu Brunei dalam SUKMA apabila merangkul pingat emas wushu pertama negara mereka dalam acara daoshu lelaki pada temasya SUKMA ke-21.

Pemain yang berusia 19 tahun itu mengalahkan 18 atlet lain dengan mengumpul markah tertinggi iaitu 9.613 mata sekaligus menggondol pingat emas.

Pingat emas itu bukan sahaja merupakan pingat emas pertama wushu, ia juga merupakan emas pertama bagi kontinjen Brunei selepas kali terakhir mereka memenangi emas pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Lee Ronn dari Melaka (9.593 mata) meraih perak manakala Kwan Yin Jie (9.590 mata) mendapat gangsa.

📸: BERNAMA

#SukmaSarawak #sukma2024 #oohaasukma