KUALA LUMPUR, 16 OGOS –– ‘One Nation, One Team‘, kempen yang diperkenalkan oleh fahrenheit88 sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini. Buat julung kalinya, pameran sukan akan diadakan di fahrenheit88 untuk memberi penghormatan kepada pencapaian luar biasa para atlet kita dan memupuk rasa perpaduan negara.
Kempen ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Abdul Rashid bin Yaakub. Juga turut dihadiri jemputan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Rakan Muda, dan Arkib Negara Malaysia. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada National Cheerleading Team dari Cheerleading Association & Register of Malaysia (CHARM).
Bermula sekarang hingga 22 September, pelbagai aktiviti akan dijalankan di fahrenheit88. Antaranya adalah:
Sports Pop-up Zone: Libatkan diri anda dalam pelbagai cabaran sukan interaktif, termasuk bola sepak, bola keranjang, badminton, dan mini golf.
House of Champions’ Exhibition: Pameran sukan pertama di Malaysia untuk meraikan pencapaian atlet negara, dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, serta Majlis Sukan Negara Malaysia.
DIY Bracelet Making Workshop: Serlahkan kreativiti anda pada 16 September dari jam 11 pagi – 12 malam dI Atrium, Ground Floor.
Jujutsu Kaisen Exhibition: Di Tingkat 2, pameran sehingga 20 Oktober.
Art & Symphony Exhibition: Alami keanggunan seni klasik dan muzik di Tingkat 3 dari 7 September sehingga 7 November.
Merdeka Shopping: Tingkatkan gaya anda dengan fesyen sukan terkini daripada High Cultured dan dapatkan peralatan gim yang ideal di Ocean Sports. Tingkatkan rutin kecergasan anda dengan Celebrity Fitness atau sempurnakan penjagaan kulit anda dengan Dr. Hauschka, semuanya terletak di Atrium Utama, Tingkat Bawah.
Merdeka Rewards: Jangan lepaskan tawaran eksklusif ini! Pembeli boleh menebus Puma Training Water Bottle dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam satu resit.
Terhad kepada 1 penebusan bagi setiap pembeli setiap hari. Sementara stok masih ada.
Semua penebusan boleh dibuat di Kaunter Concierge, Tingkat Bawah, pada hari pembelian yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘One Nation, One Team’, layari laman Facebook fahrenheit88 di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, laman Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/, atau hubungi perkhidmatan pelanggan di 03-2148 5488.