Safiqah Nabilah

SILAMBAM DAN KABBADI BERI NAFAS BAHARU SUKMA 2026

SILAMBAM DAN KABBADI BERI NAFAS BAHARU SUKMA 2026

August 21, 2024 1:23 pm

KUCHING, 20 OGOS –– Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, semalam menghadiri perlawanan sukan Silambam SUKMA di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching. Silambam dan Kabbadi yang sebelum ini hanya muncul sebagai sukan demonstrasi, muncul pada SUKMA 2024 ini dan akan terus hadir pada SUKMA 2026 lagi sebagai sukan pingat. Kemasukan dua sukan tradisional India dalam SUKMA telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia pada 12 Jun 2023.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Madani kekal komited untuk mengutamakan sukan tradisional, memastikan ia dipelihara untuk generasi akan datang. Penyertaan Silambam dan Kabaddi dalam SUKMA memberikan peluang berharga untuk menemui dan memupuk bakat muda di dari kaum India, membolehkan mereka bersaing di pentas antarabangsa, termasuk acara berprestij seperti Sukan Asia, di mana Kabaddi ditampilkan.