Safiqah Nabilah

SHARP HSNKL HALF MARATHON: KEKAL CERGAS & AKTIF!

SHARP HSNKL HALF MARATHON: KEKAL CERGAS & AKTIF!

August 22, 2024 3:13 am

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2024 – Jangan lepaskan peluang untuk menyertai SHARP HSNKL Half Marathon! Acara popular ini akan kembali untuk tahun kedua pada 20 Oktober 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Para pelari dari dalam dan luar negara akan bersama-sama merayakan semangat kesukanan!

Selaras misi Bulan Sukan Negara, SHARP HSNKL Half Marathon merupakan satu inisiatif untuk memupuk minat terhadap sukan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

SHARP akan berkolaborasi dengan Pure Events sebagai penaja utama. Acara ini juga mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Kuala Lumpur, DBKL – CATS (Cultural Arts Tourism and Sports), Persatuan Olahraga Wilayah KL, PDRM, dan MKN. 

Menjelang sambutan ulang tahun ke-40 SHARP di Malaysia tahun depan, SHARP berharap dapat melanjutkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperluas acara ini ke negeri-negeri lain, termasuk Pulau Pinang dan Johor. 

SHARP HSNKL Half Marathon menyediakan pilihan untuk semua peserta melalui empat kategori perlumbaan yang menarik: Half Marathon 21km, Larian 10km, Larian 5km dan 3km.

Pelepasan peserta untuk kategori Half Marathon 21km akan dimulakan seawal 4.30 pagi. Perlumbaan 10km dijangka akan menarik bilangan peserta terbesar. Manakala Larian 5km dan 3km sesuai untuk keluarga, pemula, kanak-kanak, serta individu kurang upaya, termasuk mereka yang menggunakan kerusi roda. Semua perlumbaan akan berakhir di Dataran Merdeka.

Hadiah bernilai RM50,000, termasuk SHARP AQUOS 4K TV, akan diberikan untuk pelbagai kategori, termasuk Kategori Terbuka, Terbuka Malaysia, dan Veteran, bagi lelaki dan wanita. Penaja SHARP HSNKL Half Marathon, seperti Modenas, akan menyumbangkan sebuah motosikal, sementara Decathlon menyediakan beberapa basikal untuk cabutan bertuah. SHARP juga akan menyediakan booth untuk kedua-dua penaja dan hadiah misteri akan tersedia untuk cabutan bertuah.

Pakaian rasmi untuk acara ini adalah dari PureFIIT, dan setiap peserta yang mendaftar akan menerima baju-T larian yang selesa. Goodie Bag bernilai RM150 setiap satu ditaja oleh Decathlon, dan para peserta juga berpeluang mendapatkan Baucar Tunai Istimewa daripada Decathlon. Selain itu, 100Plus telah dilantik sebagai minuman rasmi, manakala Swiss-Inn merupakan hotel rasmi untuk acara ini.

Pendaftaran akan ditutup pada 15 Oktober 2024 atau lebih awal jika tempat penuh sebelum tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai SHARP HSNKL Half Marathon, sila kunjungi laman Facebook rasmi di www.facebook.com/helloharisukannegara.