Safiqah Nabilah

MALAYSIA TUAN RUMAH SUKAN SEA 2027

MALAYSIA TUAN RUMAH SUKAN SEA 2027

August 29, 2024 1:19 am

Kontinjen Malaysia pada acara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

KUALA LUMPUR, 28 OGOS — Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah bagi edisi 2027.

Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa apabila Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sedia berganding bahu bersama Kuala Lumpur bagi menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sudah terpilih sebanyak tujuh kali sebagai tuan rumah apabila turut menganjurkan Sukan SEA 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

📸: Kosmo