Safiqah Nabilah

RAJA DAN RATU PECUT SUKIPT MILIK UPM

RAJA DAN RATU PECUT SUKIPT MILIK UPM

September 12, 2024 8:12 am

SINTOK, 11 SEPTEMBER – Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan kehebatan luar biasa dalam acara 100 meter, meraih dua pingat emas dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada SUKIPT 2024 yang berlangsung di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) petang semalam.

Aliff Iman Mohd Fahmi (UPM) merangkul pingat emas dalam acara 100m lelaki dengan catatan masa 10.68s. Di belakangnya, Hanssen Yap Soon Foo dari Kolej Komuniti Malaysia (KKMAS) memperoleh pingat perak (10.71s). Sementara itu, pingat gangsa dianugerahkan kepada Muhammad Fakhrul Abdul Aziz yang mewakili Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang menamatkan perlumbaan itu dalam masa 10.78s.

Manakala dalam kategori 100m wanita, Azreen Nabila Alias ​​telah meraih pingat emas, mencatatkan masa 12.19s. Diikuti Fatin Ilyana Mat Nayan (UPSI), yang memperoleh perak dengan catatan masa 12.71s. Sementara itu, Misezatul Shafieqa Sapawi juga dari UPSI membawa pulang gangsa dengan catatan masa 12.99s.

Aliff Iman mengatakan bahawa beliau terlepas daripada membawa pulang pingat pada SUKMA tempoh hari dan tuah menyebelahi beliau kerana mendapat pingat emas pada kali in. Beliau juga mahu meningkatkan pencapaian beliau menerusi latihan projek B10 (bawah 10 saat).

Azreen Nabila pulak berkata ini merupakan kemunculan sulung beliau dalam SUKIPT dan tidak menjangkakan kemenangan kerana beliau perlu bersaing dengan 2 lagi peserta dari UPSI yang hebat.

📸: METRO