PETALING JAYA, 13 SEPTEMBER – Bryan Ti Kai Jie membuat penampilan sulung yang menakjubkan dalam Kejohanan Wushu Asia, meraih emas pertama untuk Malaysia di Macau semalam.
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya memperoleh 9.696 mata dalam acara nanquan lelaki di Tap Seac Multisport Pavilion sekaligus menjadikan beliau juara dalam acara tersebut.
Yun Dong-hae dari Korea Selatan meraih pingat perak manakala gangsa dimenangi oleh Nong Van Huu dari Vietnam. Kedua-duanya memperoleh 9.690 mata, tetapi pemain Korea itu dianugerahkan perak kerana kesukaran teknikal yang lebih tinggi.
Bryan merupakan pemenang pingat emas ketika mewakili Melaka dalam acara yang sama di pertandingan wushu Sukan Malaysia (Sukma) yang diadakan baru-baru ini di Kuching, Sarawak.
Pertandingan wushu Asia diadakan setiap empat tahun sekali, namun edisi 2020 di New Delhi, India dibatalkan akibat pandemik Covid.
: TheStar