Safiqah Nabilah

MALAYSIA JUARA ASIA TENPIN BOWLING

MALAYSIA JUARA ASIA TENPIN BOWLING

September 20, 2024 4:59 am

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER – Pemain boling remaja negara, Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh lulus ujian acara utamanya dengan cemerlang, berganding bahu bersama bekas juara dunia Tun Hakim Tun Hasnul Azam untuk meraih pingat emas beregu lelaki di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin. Pasangan ini berjaya mencatat jumlah keseluruhan 2,647 pin bagi enam permainan.

Pasangan Malaysia itu mengatasi dua pasangan dari Korea Selatan, Park Dong Hyuk dan Bae Jung Hun (2,615), serta Lee Ik Kyu dan Hwang Dong Wook (2,596) yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Dalam acara beregu wanita, juara dunia semasa Natasha Roslan dan Pemain Terbaik Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA), Sin Li Jane, membuktikan kehebatan mereka dengan mencatat jumlah 2,614 pin untuk meraih emas.

Rakan sepasukan mereka, Nur Syazwani Sahar dan Nora Lyana Nastasia Norkamal, memenangi gangsa dengan 2,450 pin, di belakang pasangan Korea Selatan Jung Da Wun dan Baek Seung Ja (2,510) yang meraih perak.

Pemain boling nombor satu Asia, Rafiq Ismail, telah merangkul pingat emas acara perseorangan lelaki pada hari Rabu lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia di Kejohanan Asia adalah pada tahun 2019, dengan enam pingat emas, satu perak, dan tiga gangsa. Tahun lalu, pasukan itu memperoleh empat pingat emas, lima perak, dan tiga gangsa.

📸: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

Keputusan Rasmi Kejohanan Tenpin Bowling Asia 2024 Edisi 27

Beregu Lelaki

🥇 – Tun Hakim & Shaqeem Izwan Teh (MAS)

🥈 – Park Dong Hyuk & Bae Jong Hun (KOR)

🥉 – Lee Ik Kyu & Hwang Dong Wook (KOR)

Beregu Wanita

🥇– Natasha Roslan & Sin Li Jane (MAS)

🥈– Jung Da Wun & Baek Seung Jang (KOR)

🥉– Nora Lyana & Nur Syazwani (MAS)