KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER – Cherry Yao dan Madeleine Lau telah membawa pulang dua pingat emas masing-masing menerusi acara Latin Solo Wanita dan Latin Solo Remaja di Terbuka London 2024.
Persembahan tarian Cherry Yeo yang pernah memenangi 3 pingat emas pada Mallorca Dance Festival dan juga Madeleine Lau telah memukau barisan juri, sekaligus mencatatkan markah tertinggi dan mengungguli carta teratas.
Dengan kemenangan ini, pencapaian Cherry Yao semakin meningkat dan kedudukan rankingnya kini adalah di tangga kedua teratas bagi kategori Latin Solo Wanita manakala Madeleine keempat dunia Latin Solo Wanita Remaja.
Sebanyak 25 buah negara termasuk Malaysia telah menyertai kejohanan Terbuka London 2024.
📸: Sinar Harian