Safiqah Nabilah

RANGKUL DUA EMAS, PECAH REKOD KEBANGSAAN

RANGKUL DUA EMAS, PECAH REKOD KEBANGSAAN

September 25, 2024 8:06 am

KUCHING, 25 SEPTEMBER – Pemegang Rekod Kebangsaan sebanyak dua kali, Ahmad Shahmim Mohd Kadri atlet angkat berat negeri Kelantan berjaya menambat dua pingat emas kategori 54kg lelaki di Para SUKMA 2024, semalam.

Shahmim memulakan angkatan dengan 122kg, diikuti 125kg pada angkatan kedua, kemudian mengangkat 132kg pada percubaan tambahan untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya dan sekaligus telah memadam rekod temasya milik Endi Bak dari Sarawak (108kg) semasa edisi 2018 di Perak.

Emas kedua Shahmim diperoleh menerusi jumlah angkatan keseluruhan (375kg) manakala Muhammad Shazmin (266kg) dan Juwaidie Othman (195kg) masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Shahmim yang dilahirkan dengan kondisi kaki bengkok menyertai program skuad kebangsaan setahun yang lalu dan berharap agar dapat meningkatkan prestasinya untuk Sukan Para ASEAN di Thailand nanti.

📸: Sinar Harian