Safiqah Nabilah

AARON – KAI XING JUARA REMAJA DUNIA

AARON – KAI XING JUARA REMAJA DUNIA

October 14, 2024 3:12 am

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER — Beregu remaja lelaki negara, Aaron Tai – Kang Khai Xing berjaya menumpaskan pihak lawan dari negara China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dengan 21-18, 15-21, 21-18 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan selama 65 minit di Pusat Sukan Nanchang, China semalam.

Kemenangan mereka di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nangchang, China telah menamatkan kemarau 13 tahun kejuaraan untuk Malaysia.

Khai Xing berkata, beliau tidak menyangkakan kemenangan ini selepas kegagalan pada percubaan pertamanya pada edisi tahun lalu. Mereka juga mengatakan prestasi mereka bukanlah yang terbaik, di mana mereka tidak stabil pada set kedua, namun tetap berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia Julai lalu.

Malaysia muncul sebagai juara dunia remaja kali terakhir dalam acara beregu lelaki adaah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi. Sejak dipertandingkan pada 1992, skuad remaja negara berjaya meraih tujuh gelaran bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996.

📸: The Star