Safiqah Nabilah

MALAYSIA RAIH EMAS KEJOHANAN SEAFF 2024

MALAYSIA RAIH EMAS KEJOHANAN SEAFF 2024

December 12, 2024 2:44 am

KUALA LUMPUR, 12 DIsember – Skuad lawan pedang negara mencipta sensasi apabila mengungguli emas acara sabre berpasukan lelaki pada Kejohanan Persekutuan Lawan Pedang Asia Tenggara (SEAFF) 2024 pada Selasa.

Dalam aksi yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), skuad negara yang dibarisi Syed Adam Emir Putra, Tyrsten Fong, Tony Lee dan Wong Tzer Chyuan mengetepikan cabaran wakil Thailand dengan keputusan 45-40 untuk meraih emas.

Terdahulu, gandingan negara menempah pertemuan menentang Thailand itu selepas menewaskan Brunei 45-41 di suku akhir, diikuti kemenangan tipis 45-43 ke atas Filipina di separuh akhir.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik bersama pasukan Vietnam dan Filipina.

📸: Sinar Harian