SANDAKAN, 13 Januari – Petinju Malaysia cemerlang dalam Kejohanan Muay Thai Elopura Fights: Reunion of Champions di sini, dengan Riedzwan Norsyahmie Daud membawa pulang piala acara utama selepas menumbangkan petinju Thailand.
Riedzwan, pemenang gangsa Sukan SEA 2019, melakukan knockout (KO) terhadap Khulabkaw Sor Phong Amon pada pusingan kedua kategori 61 kg. Anak jati Sandakan ini, yang dikenali sebagai ‘The Golden Shin 66’, menyatakan ini adalah pertemuan sulungnya dengan Khulabkaw.
“Saya bersyukur atas aksi hari ini dan akan kembali ke kolej (UiTM Seri Iskandar) untuk peperiksaan akhir bulan depan. Saya juga mungkin mencuba pemilihan Sukan SEA Thailand tahun ini,” katanya.
Kejohanan dua hari di SMJK Tionghua itu dirasmikan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Selain itu, Kallens Jafili menewaskan Marco Luigi (Itali) dalam kategori 62 kg, sementara Helmi Samsir menumpaskan Ling Kai Tze (Selangor) bagi kategori 70 kg. Bekas juara remaja dunia, Dazaisy Hafiyy Aznee, turut mencuri tumpuan dengan KO ke atas Aqie Putra (Selangor) dalam kategori 36 kg.
📸: Harian Metro
#mySukantv