Safiqah Nabilah

SKUAD PARA TPB4 MALAYSIA MENANGI PERAK PIALA DUNIA

SKUAD PARA TPB4 MALAYSIA MENANGI PERAK PIALA DUNIA

January 21, 2025 2:24 am

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Pasukan Malaysia berjaya meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki TPB4 (kategori kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Boling Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025, yang berlangsung di Kowloon, Hong Kong.

Pasukan negara yang dianggotai Muhd Zul Adly Majeni, Abang Yahya Abang Azhar, Mohd Hazim Sazali, dan Mahamad Rizuan Madzhi mencatatkan 3,035 jatuhan pin dalam pertandingan yang diadakan di pusat boling Kai Tak Sports Park.

Pasukan Australia, diwakili Allen Tyler, Ashley Poelstra, Matthew Hurst, dan Allan Strong, mengungguli pertandingan dengan 3,152 jatuhan pin untuk merangkul pingat emas.

Sementara itu, pasukan Singapura yang terdiri daripada Eric Foo, Mohamad Rausyan Yaacob, Muhammad Farhan Ismail, dan Nixon Fan Jun Jie berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas mencatatkan 2,972 jatuhan pin.

Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 yang bermula pada 17 Januari akan berlangsung sehingga Jumaat, 24 Januari.

📸: Facebook Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) The official FB page

#mysukantv